Dermasiswa ETF baru untuk pelajar ITE, poly Dermasiswa ETF baru untuk pelajar ITE, poly

Dermasiswa ETF baru untuk pelajar ITE, poly

Berita Harian | 03 Aug 2021

PELAJAR Muslim sepenuh masa di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan politeknik yang berasal daripada keluarga memerlukan boleh memanfaatkan satu dermasiswa baru.

Skim bantuan itu disediakan di bawah kerjasama Yayasan Mendaki dan Dana Barakath yang menyumbangkan $100,000 untuk menyokong Dana Amanah Pendidikan (ETF).

Semalam, Yayasan Mendaki menandatangani satu perjanjian bersama dua wakil dari Dana Barakath, Encik Mashuthoo Abdul Rahiman dan Encik Raja Mohamad Maiden.

Setiap tahun, lima pelajar ITE akan menerima $1,000 setiap seorang dan lima pelajar politeknik akan menerima $1,500 setiap seorang menerusi dermasiswa itu.

Dengan sokongan pendidikan ini, Encik Mashuthoo dan Encik Raja berharap lebih ramai pelajar Muslim akan terus cemerlang dalam bidang pembelajaran mereka, dan akan menyumbang semula kepada masyarakat pada masa depan.

"Pendidikan tetap menjadi penyamarata sosial yang terbaik dan kami dengan senang hati bekerjasama dengan ETF Yayasan Mendaki untuk memainkan peranan kami.

"Dengan tulus hati, kami ingin anak-anak kita untuk mempunyai akses kepada dana supaya dapat mencapai yang terbaik dari segi pendidikan dan kehidupan.

"Oleh itu, kami juga harap lebih ramai orang akan menderma dan menyumbang kepada ETF-Dermasiswa Barakath untuk tujuan yang baik ini," kata Encik Mashuthoo.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah, melahirkan penghargaannya atas sokongan yang diberikan oleh Encik Mashuthoo dan Encik Raja.

"Kami sangat gembira dengan penubuhan dermasiswa ini kerana ia bermakna lebih ramai pelajar dapat memberi tumpuan dalam mencapai impian mereka dan tidak perlu risau akan implikasi kewangan.

"Mereka tahu bahawa Mendaki dan masyarakat kita menyokong mereka," ujar Cik Zuraidah.

Antara kriteria kelayakan dermasiswa itu termasuk pencapaian akademik yang baik, serta pendapatan bersih bulanan keluarga sebanyak $1,800 dan ke bawah, atau pendapatan bersih per kapita $450 dan ke bawah.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai dermasiswa ini dan cara memohonnya boleh ke laman Mendaki di https://www.mendaki.org.sg.

Your Support Matters!

With your help, we hope to raise $12 million to support the education needs of children from disadvantaged Malay/Muslim families.