Program

   >   Program   >   KelasMateMatika@CC
PILIH PROGRAM  

KelasMateMatika@CC

Program KelasMateMatika@CC (KMM@CC) bermula pada tahun 2018 dan disasarkan kepada ibu bapa yang mempunyai anak pra-sekolah berusia 4 hingga 6 tahun. Bengkel dan aktiviti yang dijalankan sepanjang pelajaran bertujuan untuk memperkasakan ibu bapa dengan kemahiran Pengalaman Pembelajaran Mediasi (MLE) supaya mereka lebih yakin untuk mengajar anak mereka dalam pembelajaran konsep asas numerasi. Peserta akan dibimbing oleh pelatih dan fasilitator yang berkelayakan dengan cara menggunakan teknik MLE yang sesuai dalam pembelajaran anak mereka.

Dikenali sebagai MajuMindaMatematika (Tiga M) sebelum ini, KMM@CC adalah salah satu program utama dalam Bidang Tumpuan 1 oleh M³ – MENDAKI, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan Majlis Penyelaras Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (MESRA).

Mematuhi langkah keselamatan COVID-19, MENDAKI memperkenalkan eKMM@CC pada bulan Ogos 2020 agar para keluarga masih boleh menyertai program ini. Kelas-kelas yang dikendalikan melalui wadah Zoom melengkapkan lagi sesi fizikal KMM@CC yang terhad semasa peralihan selamat ke Fasa Kedua tahun lepas.

Klik untuk mendaftar ke KMM@CC

 

Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Program-program Lain

PlayFest

PlayFest dilancarkan pada 2018 dengan tujuan menggalakkan Pembelajaran Pengantaraan Melalui Bermain…

Lebih Lanjut