Pengenalan
Pinjaman tanpa faedah ini dibuka kepada semua pelajar beragama Islam. Kuantum pembayaran semula kekal rendah dan meningkat dengan masa, mengikut peningkatan pendapatan siswazah pelajar.
Skim Pinjaman Pengajian Separuh Masa MENDAKI bertujuan untuk meningkatkan prestasi pendidikan Masyarakat Islam dengan menawar pinjaman tanpa faedah kepada mereka yang memerlukan. Ia membiayai pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah (degree) secara separuh masa, di institusi tinggi Pemerintah atau swasta yang berakreditasi di Singapura.
Tempoh Permohonan
1 January 2023 – 28 February 2023
1 April 2023 – 31 July 2023
1 September 2023 – 31 October 2023
Kriteria Kelayakan
Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
Perjanjian Pinjaman
Emel akan dihantar kepada pemohon sebaik sahaja pinjaman diluluskan untuk memaklumkan sesi tarikh menandatangani perjanjian pinjaman dan pengambilan cek. Pemohon dan penjamin dikehendaki menandatangani penjanjian pinjaman di hadapan pegawai YM di Wisma MENDAKI, 51 Kee Sun Avenue (off Tay Lian Teck Road) Singapura, 457056. Pemohon dan penjamin diingatkan untuk membawa kad pengenalan semasa sesi menandatangani perjanjian pinjaman.
Seperti terkandung dalam perjanjian pinjaman, peminjam perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
Jika peminjam tidak memenuhi syarat- syarat di atas atau sebarang terma di dalam perjanjian pinjaman, peminjam akan dianggap telah melanggar perjanjian pinjaman dan jumlah pinjaman perlu dibayar balik dengan segera.
Kuantum Pinjaman
Maksimum $ 4,000 setahun atau jumlah sebenar (yang mana lebih rendah).
Jumlah pinjaman mengikut keputusan Jawatankuasa Pinjaman, setelah mempertimbangkan keadaan kewangan pemohon, kursus studi, akreditasi institusi dan kriteria lain yang relevan. Keputusan Jawatankuasa Pinjaman adalah muktamad.
Agihan Pinjaman
Pemohon akan dimaklumkan melalui emel mengenai agihan cek pinjaman yang seterusnya. Agihan pinjaman seterusnya akan diberi hanya selepas keputusan peperiksaan dihantar melalui atas talian, menunjukkan bukti bahawa pelajar telah lulus peperiksaan mereka untuk tahun akademik tersebut dan meneruskan pengajian ke tahun yang berikutnya.
Bayaran Balik Pinjaman
Bayaran balik pinjaman akan bermula 1 bulan selepas pinjaman diagihkan. Jumlah minima bayaran balik bulanan ialah seperti berikut:
Ini tertakluk kepada kenaikan progresif tahunan sebanyak $100.Bayaran balik pinjaman boleh dibuat melalui tunai, cek, NETS, GIRO atau Perbankan Internet.
Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai bayaran balik pinjaman
Prosedur Permohonan
Permohonan hanya boleh dibuat melalui link ini. Proses pendaftaran akan mengambil masa 3 minggu dari tarikh permohonan diterima. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pelajar melalui emel. Permohonan yang berjaya perlu membayar yuran pentadbiran sebanyak $50.00.
Pendaftaran yang tidak lengkap dan tidak memenuhi kriteria kelayakan akan ditolak.