Oleh kerana keadaan COVID-19, proses permohonan pinjaman mungkin memakan masa lebih lama.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut
Pengenalan
Skim Pinjaman Tambahan (SAS) dibuka kepada semua pelajar Melayu yang memerlukannya. Ia membiayai pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma atau ijazah (degree) secara sepenuh masa di institusi Pemerintah di Singapura, yang tidak menerima sebarang subsidi atau tidak menerima sebahagian (75% & 50%) subsidi di bawah Subsidi Yuran Tuisyen Pengajian Tinggi (TTFS).
Tempoh Pendaftaran
1 Januari – 30 November 2021
Kriteria Kelayakan
Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
Perjanjian Pinjaman
Emel akan dihantar kepada pemohon sebaik sahaja pinjaman diluluskan untuk memaklumkan sesitarikh menandatangani perjanjian pinjaman dan pengambilan cek. Pemohon dan penjamin dikehendaki menandatangani penjanjian pinjaman di hadapan pegawai YM di Wisma MENDAKI, 51 Kee Sun Avenue (off Tay Lian Teck Road) Singapura, 457056.Pemohon dan penjamin diingatkan untuk membawa kad pegenalansemasa sesimenandatangani perjanjian pinjaman.
Seperti terkandung dalam perjanjian pinjaman, peminjam perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
Jika peminjam tidak memenuhi syarat- syarat di atas atau sebarang terma di dalam perjanjian pinjaman, peminjam akan dianggap telah melanggar perjanjian pinjaman dan jumlah pinjaman perlu dibayar balik dengan segera.
Kuantum Pinjaman:
Kategori | Loan Amount of Yearly Disbursement |
Pelajar yang menerima 75% TTFS | 25% daripada yuran pengajian (selepas geran tuisyen) |
Pelajar yang menerima 50% TTFS | 50% daripada yuran pengajian (selepas geran tuisyen) |
Pelajar yang tidak menerima TTFS | 80% daripada yuran pengajian (selepas geran tuisyen) |
Pinjaman akan diberikan untuk sepanjang kursus pengajian dan jumlah pinjaman adalah mengikut penilaianJawatankuasa Pinjaman, selepas mengambil kira keadaan kewangan pemohon, kursus pengajian, akreditasi institusi dan sebarang kriteria lain yang relevan. Keputusan Jawatankuasa Pinjaman adalah muktamad.
Agihan Pinjaman
Pemohon akan dimaklumkan melalui emel mengenai agihan cek pinjaman yang seterusnya. Agihan pinjaman seterusnya akan diberi hanya selepas keputusan peperiksaan dihantar melalui atas talian, menunjukkan bukti bahawa pelajar telah lulus peperiksaan mereka untuk tahun akademik tersebut dan meneruskan pengajian ke tahun yang berikutnya.
Bayaran Balik Pinjaman
Bayaran balik pinjaman boleh dibuat melalui wang tunai, cek, NETS, GIRO atau Perbankan Internet. Pemohon boleh memilih salah satu daripada pilihan berikut.
Pilihan 1 – Bayaran balik segera dari $50 sebulan | Pilihan 2 – Bayaran balik segera dari $100 sebulan | Pilihan 3 – Bayaran balik selepas 6 bulan tamat pengajian |
Bayaran balik akan bermula selepas 1 bulan agihan pinjaman pada kadar $50 sebulan.
6 bulan selepas tamat kursus, jumlah bayaran balik akan meningkat ke $100 sebulan bagi tahap diploma, $250 bagi tahap ijazah biasa dan $500 bagi ijazah perubatan.
Terdapat kenaikan tahunan sebanyak $100. |
Bayaran balik akan bermula 1 bulan selepas agihan pinjaman pada kadar $100 sebulan.
Selepas 6 bulan tamat kursus, jumlah bayaran balik akan meningkat ke $100 sebulan bagi tahap diploma & $250 bagi tahap ijazah biasa dan $500 bagi ijazah perubatan.
Terdapat kenaikan tahunan sebanyak $100. |
Bayaran balik bermula 6 bulan selepas tamat pengajian dengan kadar purata 3 tahun untuk kursus diploma dan 5 tahun untuk kursus ijazah.
Contoh: Bulanan bayaran dikira dari Jumlah Pinjaman dibahagikan kepada 3 tahun (diploma) atau 5 tahun (ijazah) |
Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai bayaran balik pinjaman
Prosedur Permohonan
Permohonan hanya boleh dibuat melalui link ini. Proses pendaftaran akan mengambil masa 3 minggu dari tarikh permohonan diterima. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pelajar melalui emel. Permohonan yang berjaya perlu membayar yuran pentadbiran sebanyak $50.00.
Pendaftaran yang tidak lengkap dan tidak memenuhi kriteria kelayakan akan ditolak.