Program

   >   Program   >   Mentoring @ MTS
PILIH PROGRAM  

PILIH PROGRAM

Mentoring @ MTS

Program ini telah diuji pada tahun 2015 dan dibentuk untuk menyediakan sokongan holistik kepada pelajar Melayu/Islam peringkat menengah dalam MENDAKI Tuition Scheme (MTS) di pusat-pusat MTS yang terpilih. Objektif-objektif

  • Memberi motivasi kepada pelajar-pelajar MTS;
  • Memastikan pelajar-pelajar kerap hadir MTS;
  • Mengurangkan tekanan sosial dan meningkat potensi mereka melalui Pembangunan Remaja Positif (PYD).

Kumpulan Sasaran

  • Pelajar yang didaftar di MTS berumur antara 13 ke 17 tahun.

Komponen-komponen Program

Membimbing Aktiviti Pembangunan
Pembimbing amatlah penting buat program ini. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada kumpulan dengan mentor-mentor yang menyediakan sokongan sosial dan emosi. Pembimbing-pembimbing dipadankan dengan para pelajar dari jantina yang sama. Aktiviti-aktiviti dijalankan untuk meningkatkan kecekalan remaja melalui pengalaman pembelajaran dalam persekitaran yang positif. Penganjur program ini termasuk pertubuhan-pertubuhan Melayu/Islam dan/atau pembekal-pembekal dan pembekal perkhidmatan luar. Aktiviti-aktiviti yang dirancangkan termasuk program pembangunan kemahiran hidup, yang direka khas untuk memenuhi komponen PYD, serta pembelajaran melalui pengalaman yang dijalankan semasa cuti penggal persekolahan.

  Maklumat perhubungan Untuk informasi lanjut mengenai program kami atau jika anda minat menjadi pembimbing, hantar emel kepada [email protected].